24 September 2010

Paper Toy Pop Monster - Jom Design

(klik 2 kali kat gambar dan save as image)

Korang tengah boring ke, asyik2 layan fesbuk jer. Amacam korang try ni pulak, paper toy rekaan korang sendiri. Apa yang korang perlu lakukan ialah download gambar ni sebelum korang design di photoshop dan software sewaktu dengannya. Selain itu bagi yang sukakan secara manual lak, boleh design selepas print. Pastikan korang print di atas tebal, agak2 dalam 200gsm ker dan saiz lak sama ada A4 atau A3. Selamat mencuba dan hiangkan boring tu ok. Peace!!

Thank You Rakan Blogger


Jutaan terima kasih kepada korang yang telah add dan selalu view blog aku
yang tak seberapa ni. Peningkatan dari segi pengunjung semakin meningkat
setiap hari. Sebagai tanda penghargaan aku memberi blogger award ini
kepada korang yang selalu jenguk blog aku ni. Sila copy image dan upload kat
 left bar atau right bar blog korang. Thanks you.

23 September 2010

Platform Terbaru Bakat Muda Kreatif - Kapasitor



Kapasitor adalah jaringan sosial dan platform terbaik untuk menajamkan skil dalam menulis puisi, cerpen dan novel serta mengembangkan bakat anda dalam seni lukis dan muzik.Kapasitor membantu penulis berkongsi hasil karya mereka kepada ahli-ahli lain melalui laman sosial ini. Selain itu, para peminat seni juga digalakkan menyertaikerana ianya tidak terhad kepada penulis sahaja tetapi pereka, jurufoto dan semua yang meminati seni la. Kira Kapasitor ini sebagaibatu loncatan kepada korang yang kreatif untuk menonjolkan bakat dan ekspresi diri. Sebagaimana laman sosialyang lain korang akan mempunyai profil sendiri untuk korang uploadkan karya dan hasil tulisan orang di situ.




Di laman ni korang gak boleh memuatturun secara percuma e-magazine Kapsule iaitu himpunan koleksi karya kreatif yang terpilih.Jadi apa tunggu lagi, nak citer panjang pun tak guna,jom klik http://www.kapasitor.net/

Hisae Iwaoka - Kontraktor Saturn Apartment


Hisae Iwaoka merupakan pencipta kepada beberapa  manga, termasuk Hana Boro (Flower Cookies) dan Shiroi Kumo (White Clouds), kedua-duanya disirikan dalam IKKI  magazine. Dilahirkan di Chiba, Japan pada 17 Julai 1976, artis manga berzodiak Cancer ini sudah menghasilkan pebagai gendre manga seperti Seinen(5)  Slice of Life(4)  Drama(4)  Josei(2)  Supernatural(1)  Fantasy(1)  School Life(1)  dan Sci-fi(1).  Sebagai seorang artis manga dan pengillustrasi hebat, hasil kerjanya turut dipamerkan diperingkat antarabangsa melalui  “Tokyo Girls Bravo,” yang dikuratorkan oleh  Takashi Murakami. Saturn Apartments merupakan karya beliau yang terkini. Sedikit bibliografi karya:
2004     Shiroi Kumo---1 volume
2005     Hana Boro---1 volume
2005     Yume no Soko---1 volume
2006     Oto no Hako---1 volume


"Saturn Apartment"
Pada masa depan, manusia meninggalkan bumi untuk memuliharanya. Kini mereka tinggal di sebuah struktur binaan gergasi berbentuk cincin yang mengelilingi bumi terletak sejauh 35 kilometer di angkasa. Alami kehidupan Mitsu yang mengantikan bapanya sebagai pencuci tingkap fasiliti ini. Dapatkan di kedai komikberhampiran.

22 September 2010

Hiroyuki Asada Persembahkan Tegami Bachi


Hiroyuki Asada dilahirkan pada 15 Februari 1968 di Yokohama, Kanagawa , Jepun. Beliau merupakan artis manga Jepun yang dikenali melalui steampunk series Tegami Bachi("Letter Bee"). Manga pertama yang dihasilkan beliau ialah I`ll, yang merupakan siri berkaitan bola keranjang. Semua hasilmanga beliau disirikan secara bulanan oleh antologi shonen iaitu Monthly Shonen Jump. Dia memulakan kerjaya pada tahun 1986. Beliau turut melancarkan fanbase bersama Mint: Slepping Rabbit, Renka by Degreess dan popuaritinya meningkat naik bersama I`ll. Dalam kehidupan peribadi,Asada merupakan sebahagian unit bersama  Shou Tashima,Takeshi Obata (dikenali melalui  Hikaru no Go dan Death Note), dan aktiviti rekaaannya  "AQUARIOS 3".
"I`ll"

 
"Tegami Bachi"
 
 
Manga ini mengisahkan Amber Gruod, dunia tanpa siang kecuali Akatsuki, ibu kota yang diterangi matahari artifisial. Gauche Suede yang bertugas selakuLetter Bee menemui pakej penghantaran aneh kat daerah Coza Bell iaitu seorang budak lelaki berusia 7tahun bernama Lag Seeing. Apa terjadi selepas itu? Dapatkan manga ini di kedai komik terpilih.
 
Lagi info mengenai Hiroyuki Asada di www.hiroyukiasada.com


Update Komik BOOMIK


Update terkini komik Boomik yang akan datang, terima kasih kepada Bophairy sudi kaler karekter yang dicipta oleh Spikey dari AKUBUDAKSENI. Segala pandangan, komen dan kritikan amat diperlukan untuk memastikan design ini sesuai. Antara yang konfim untuk menyertai komik ini ialah beberapa orang sahabat yang sentiasa menyokong projek yang aku buat. Thanks a lot to all. Antara isi kandungan komik ringan ni ialah beberapa komik bersiri, komik 1 muka, artikel grafikk, cerita seorang karikaturis,designer pilihan dan beberapa lagi kejutan. Maybe terdapat beberapa orang yang memandang sinis projek ini tetapi kami akan berusaha unutk menjadi lebih baik dari sekarang. Reima kasih atas sokongan anda semua.

19 September 2010

NEW BLOG - SYOK SENDIRI PHOTOBLOG


Firstly sori banyak-2 sebab lama tak update blog nie. Banyak kerja nak disetelkan termasuk projek komik dan button badges aku budak seni. Di kesempatan ni juga aku nak promote blog terbaru aku iaitu AKU NAPIE PHOTOBLOG. Blog ni bukan la blog special tentang dunia fotografi yang diminati remaja masa kini, tetapi sekadar himpunan foto dan gambar yang diedit oleh aku. Luangkan masa korang sebentar untuk view dan memberi komen terhadap foto-2 yang ada. Thanks terus sokong blog nie. Nantikan post yang best selepas ini. Peace!!

Komik Keluang Man Kembali