06 November 2010

Wallpaper Cambest Aku Budak Seni Production


Ini merupakan rekaan wallpaper untuk ahli group Aku Budak Seni kira-kira sebulan yang lalu. Kalau korang rasa menarik boleh la download wallpaper ni dan letak di desktop korang. Double click pada gambar dan save image as. Thanks pada yang support. Enjoy dengan wallpaper ni. Peace!!

04 November 2010

Dead Mushroom Terus Berjuang



Dead Mushroom ditubuhkan pada tahun 1995, dipengaruhi oleh band rock 90-an dan gaya old skool rock 'n' roll. Band rock moden yang berasal dari Kuala Lumpur ini dianggotai oleh MIKE (bass) ,ZUL (drums) SHIDI (guitar), POJI (guitar) dan FAIZ (vocals). Seperti yang diketahui, Shidi (Rashidi Ishak) merupakan salah seorang pelakon berbakat tanah air.
Mula aktif melalui scene underground semenjak tahun 1996, mereka mengeluarkan material pertama iaitu demo bersama band-band seangkatan pada masa itu. Malah demo tersebut mendapat ulasan yang terbaik dan menjadi salah satu demo terbaik tahunan oleh undian di The Sun Blasting Concept. Pada tahun itu juga mereka menjadi juara kebangsaan melalui Pepsi Challenge - Young Discovery yang dianjurkan oleh Pepsi, AIM dan TV3. Lagu-lagu seperti Read My Mind, Suicide Hill, dan Fly My Soul mula menjadi siulan pada masa itu. Setelah lama menyepikan diri dan sibuk dengan urusan masing-masing, kini mereka muncul kembali untuk mengegarkan industri muzik tanah air.Hubungi mereka di:


03 November 2010

Aku Sempoi Fan Page Cecah 1000++ Member Like

Sekalung terima kasih yang telah menyokong blog aku ni yang tak seberapa ni. Akhirnya dah  mencecah 1000 orang 'Like' fan page AKU SEMPOI. Suatu pencapaian yang agak besar selama ber 'blog' ing ni walaupun follower kat blog ni belum sampai 100 orang. Ini pun dah kira ok sebab ramai yang mempunyai akaun Facebook berbanding akaun Google sekarang ni. Thanks gak kepada geng-geng AKUBUDAKSENI.COM yang support dan menjalinkan kerjasama yang best-best. So, kepada yang korang belum join fan page boleh la 'Like' ramai-ramai ok. Jangan lupa view blog ni selalu sebab aku akan sentiasa update setiap hari. Insyaallah.

Superhero Komik Marvel Jadi Tron: Legacy


Bagi mempromosikan filem sains fiksyen terbaru TRON:LEGACY, Marvel telah mengumumkan kulit hadapan (cover) komik yang menampilkan elemen "TRON-ified" pada superhero yang terlibat. Antara superhero yang terlibat seperti  Spiderman, Thor , X-Men dan Captain America. Mereka akan dipenuhi dengan visual style yang unik daripada  Tron Universe- berkerlipan dengan neon , cahaya glow-in-the-dark lines.
 Antara isu yang menampilkan  variasi TRON , dan karekter utama adalah:
  • Amazing Spider-Man #651 TRON Variant, featuring Spider-Man
  • Avengers #7 TRON Variant. featuring Spider-Woman
  • Avengers Academy #7 TRON Variant, featuring Quicksilver
  • Captain America #612 TRON Variant, featuring Captain America
  • Incredible Hulks #618 TRON Variant, featuring Ghost Rider
  • Invincible Iron Man #33 TRON Variant, featuring Iron Man
  • New Avengers #7 TRON Variant, featuring Ms. Marvel
  • Secret Avengers #7 TRON Variant, featuring Moon Knight
  • Thor #617 TRON Variant, featuring Thor
  • Wolverine #4 TRON Variant, featuring Wolverine
Semua komik ni akan mula dijual mulai November hingga December, dapatkan maklumat lanjut di laman web MARVEL. TRON: LEGACY akan mula mengegar pawagam seluruh dunia pada Disember 2010 , untuk maklumat lanjut sila ke laman web rasmi.

Koleksi Figura Baru Dari Hot Toys HK

Dalam menyambut ulang tahun ke-10, Hot Toys Hong Kong akan melancarkan 3 koleksi eksklusif untuk para peminat mereka. Siri yang pertama ialah set skala Batman Demon dan Scarecrow daripada filem 'Batman Begins'. Keduanya dihasilkan dengan lebih bahagian yang teliti disamping outfit yang kemas berdasarkan kemunculan dalam filem. Bagi mengubat kerinduan 'Raja Pop' sebuah figura Michael Jackson berskala 1/6 juga dihasilkan berdasarkan kemunculan dalam video 'Beat It'. Finally, yang ketiga ialah karekter Friend daripada manga sains fiksyen '20th Century Boys' hasil karya Naoki Urasawa.


Koleksi ini hanya terdapat di majlis ulang tahun yang diadakan di Tokyo , Jepun pada musim Krismas nanti. Sape yang berminat kena pergi Jepun la. Peace! 

02 November 2010

Nick Simmon Cetuskan Kontroversi Incarnate


Nicholas Adam Tweed "Nick" Simmons (lahir 22 Januari 1989 di Los Angeles, California) merupakan seorang pelakon, model, pemzik dan penulis/pelukis komik. Beliau juga merupakan anak kepada rockstar bassist kumpulan KISS, Gene Simmons. Percubaan pertama Nick adalah melalui bidang lakonan dan pemuzik sepenuh masa. Namun bidang komik menjadi keutamaan selepas kemunculan debut pertama komik beliau "INCARNATE". Permulaan yang agak baik dengan menggunakan konsep manga Amerika sebagai karya pertamanya. Pada awal tahu ini tercetus kontroversi Nick telah menciplak (plagiat) karya manga-ka terkenal Kubo Tite melalui manga BLEACH. Nick membidas kenyataan tersebut dengan mengatakan Bleach adalah inspirasinya dan beliau gembira dengan hasil yang dilakukan nya. Sekarang kes ini masih diperbincangkan, so pelukis komik diluar sana ambil berat dengan hak cipta anda ok. Ini merupakan antara shot-shot dalam manga yang ditiru.

                                                Komik Incarnate                 Manga Bleach






Web Baru dan Contest 111 Lucky Gempakstarz


Inilah wajah baru web Gempakstarz yang dilancarkan tepat jam 11.00 pagi 1.11.2010. Ianya lebih mesra pelayar laman web padat info terkini disamping update produk terbaru diorang. Sempena pelancaran laman web ni juga, diorang berbesar hati memberi hadiah yang menarik untuk peminat setia melalui peraduan 111 for GEMPAKSTARZ. Apa yang perlu lakukan hanya mendaftar sebagai ahli dan menjawab slogan yang diberikan. Moga Gempakstarz terus berjaya di masa akan datang. Sama-sama sokong ok. Ayuh klik: www.gempakstarz.com

Komik Keluang Man Kembali