07 Februari 2011

Ulasan Komik Bophairy Ultra Qalif 2 Oleh Aku


Pelukis komik yang sinonim dengan Komik-M,  Bophairy kembali dengan buah tangan sambungan kepada komik Ultra Komik yang terdahulu. Dengan rekaan cover oleh beliau sendiri menampilkan Qalif memegang topeng yang menjadi persoalan dari mana asal usulnya. Setelah membaca komik ni, keseluruhan amat menarik dan mudah dihadam oleh semua golongan pembaca. Dalam komik ke-2 ini, persoalan tentang darimana asal usul topeng ini dikupas oleh pelukis dengan secara mudah dan difahami oleh pembaca. Juga mengenai siapa Kai yang sebenarnya yang turun ke bumi, bukan sebagai penentang yang kebanyakkan peminat komik ini rasakan. Diakhir komik turut disertakan beberapa hasil nukilan kawan-kawan membuat fan art untuk Ultra Qalif. Sebuah cerita bonus turut diselitkan dalam komik dan pembaca boleh santai menikmatinya. Ayuh dapatkan segera komik Ultra Qalif#2 ini dengan harga RM6.90 sahaja. Boleh didapati di kebanyakkan kedai buku berdekatan anda. Sokong industri komik tempatan. Jadikan pelukis komik kita sebagai inspirasi. Peace!!

Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali