20 Januari 2012

-Tahu Ker- Siapa Will Eisner?


Lagenda dalam novel grafik ini dilahirkan pada 6 Mac 1917 di Brooklyn, New York. Memulakan karier apabila menghasilkan komik dalam majalah 'WOW What A Magazine' pada tahun 1936 yang mana sempat menghasilkan 4 isu sahaja. 


Pada tahun 1941, beliau mencipta komik 'The Spirit' setebal 16 mukasurat yang dipaparkan dalam akhbar Sunday dimana telah dibaca oleh seramai 5 juta orang penduduk USA sejak 1941-1952.Beliau merupakan pencetus kepada format ' novel grafik' di dunia dengan karya 'A Contract With God'. Selain itu, beliau juga mengajar seni komik di School of Visual Arts di New York dan menghasilkan 2 buah buku akademik berkaitan kartun iaitu' Comics and Sequential Arts & Graphic Storyline. 

Sebagai menghargai jasa beliau, namanya telah digunakan dalam anugerah terbesar dalam komik iaitu 'Eisner Award' bermula 1988 didalam konvensyen komik ' San Diego Comic Con'. Beliau diberi gelaran 'Komik Artis Paling Berpengaruh' oleh majalah Wizard pada 2002. Namun pemergian beliau pada 3 Januari 2005 telah memeranjatkan para peminat sekaligus kepada industri komik.

Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali