28 Mei 2012

AKU DIA DAN BUJANG VOLUME 2 BAKAL TERBIT



Bagi korang yang mengikuti perkembangan aku selalu pasti dah tahu komik Bujang dan pada yang tak tahu korang boleh like di www.facebook.com/bujangkartun dan follow di bujangkartun.blogspot.com. Sebelum ini aku telah hasilkan Aku, Dia dan Bujang Volume Satu sebanyak 30 set dan Bujang & Kawan-kawan sebanyak 20 set untuk seluruh Malaysia. Kesemuany telah habis dijual dimana kawan-kawan banyak emnyokong dan membeli pakej yang telah disediakan.


Oleh sebab permintaan dan pertanyaan, maka edisi volume dua akan keluar tidak lama lagi dengan artwork yang lebih kemas, panel yang teratur serta kualiti yang terbaik, aku jamin. Tapi masih dalam perancangan apa yang akan disertakan dalam pakej tersebut. Jika sebelum ini, korang akan dapat komik, bookmark, sticker, sketch pad tapi untuk edisi akan datang mungkin akan bagi benda lain pulak yer. Harap korang terus memberi sokongan. Yang nak hantar kartun pun boleh. Emelkan jer kat: akunapie@yahoo.com.




Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali