24 Mei 2012

ANIMASI INFO HIBURAN - TANYA PROF. DIN


 Siapa kata industri kreatif di Malaysia terutama animasi sudah lesu? Memandai jer korang buat andaian. Ni satu lagi produksi animasi tempatan iaitu Blue Pipe Studio telah menghasilkan animasi yang mampu meberi info dan maklumat berguna kepada korang semua. Animasi bertajuk Tanya Prof Din ini akan mengajak korang mengenali info yang korang tak tau dalam kehidupan seharian.Ianya merangkumi alam sekeliling dan haiwan yang kita kenal tapi tidak tahu info sampingan mengenai haiwan tersebut. Sifat Prof Din yang bersahaja dan kadang-kadang kelakar mampu mencuit hati korang untuk tengok. 

 
Ini merupakan video promo untuk korang khas di blog AKU SEMPOI ni. Nantikan kemunculan animasi ini di stesen tv tempatan dalam masa terdekat. Sebarang maklumat dan perkembangan terbaru boleh didapati di laman facebook: TANYAPROFDIN atau like kitorang di: www.facebook.com/AKUSEMPOIBLOG. Teruskan menyokong industri kreatif tempatan. Layan!!!!

Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali