Oleh sebab permintaan dan pertanyaan, maka edisi volume dua akan keluar tidak lama lagi dengan artwork yang lebih kemas, panel yang teratur serta kualiti yang terbaik, aku jamin. Tapi masih dalam perancangan apa yang akan disertakan dalam pakej tersebut. Jika sebelum ini, korang akan dapat komik, bookmark, sticker, sketch pad tapi untuk edisi akan datang mungkin akan bagi benda lain pulak yer. Harap korang terus memberi sokongan. Yang nak hantar kartun pun boleh. Emelkan jer kat: akunapie@yahoo.com.
28 Mei 2012
AKU DIA DAN BUJANG VOLUME 2 BAKAL TERBIT
MAJALAH G3 KELUARAN KE 100 - TERUS MANTAP
Pada bulan Jun ini maka sudah sampai edisi ke 100 keluaran Majalah Gah Gempaq Giler iaitu G3. Bermula pada tahun 2005 majalah ini terus bertahan berbanding beberapa majalah lain yang muncul selepasnya yang lenyap begitu sahaja. Walaupun dikeluarkan hanya sebulan sekali namun isi kandungannya meliputi kesemua golongan sama ada kanak-kanak, remaja , dewasa dan mereka yang meminati kartun komik. Amat membanggakan bagi majalah tempatan yang mampu mencecah ke 100 kerana ianya bukan perkara yang mudah. Biarpun kartunis yang mencurahkan bakat disini bertukar ganti namun perlu dibanggakan kerana kebanyakkan yang berkarya disini adalah mereka yang berpengalaman dengan konsep humor dalam majalah lain.
Pada masa kini, peluang turut diberikan kepada kartunis generasi muda untuk menyumbangkan karya mereka disamping kartunis perempuan amat diperlukan untuk memeriahkan lagi industri komik tempatan. Mungkin ramai mengharapkan edisi kali ke 100 adalah bumper namun korang tetap akan berpuas hati dengan isi kandungan yang semakin mantap. Gayour ada bercerita nostalgia sepanjang penerbitan majalah ini, yang lain-lain korang kena beli la. Enjoy!!!
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Ni kira antara permainan yang digemari satu masa dulu. Teringat time petang lepak2 dengan kawan dan adik beradik untuk main Jutaria ni. Sa...
-
Mereka kumpulan yang memainkan Punk Rock 'giler'. Walaupun agak separa waras waktu di pentas (anda kena menonton mereka), itu komen ...
-
Ahmad Azhari bin Mohd Nor atau lebih sinonim dengan panggilan Jeri telah berhijrah ke alam serba baru pada bening subuh 19 Julai 2006, han...